Ali Jumaah
Pendekatan holistik Ali Jumaah dalam mendidik masyarakat
![]() |
Dr. Syeikh Ali Jumaah |
Dikenali dengan gelaran keilmuan - Syeikh Ali Jumaah - beliau telah dilahirkan di Bani Suwaif pada tahun 1952. Beliau seorang penghafal al-Quran dan mendalami pengajian Islam. Meraih Ijazah Sarjana Muda dari Universiti al-Azhar, Master (M.A) dan akhirnya berjaya ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dengan kepujian tertinggi dalam Metodologi Usul al-Fiqh pada tahun 1988.
Ali Jumaah menggantikan Mufti Besar Mesir sebelumnya iaitu Mohamed Ahmed El-Tayeb yang telah dilantik sebagai Presiden Universiti al-Azhar. Jawatannya di Institut Pendidikan Islam Mesir dan Badan Kerajaan atau lebih dikenali Dar al-Ifta dikehendaki mengeluarkan fatwa berkaitan undang-undang Islam berhubung persoalan yang dibangkitkan umat Islam kepada mereka.
Kemahiran berfatwa Ali Jumaah sangat komprehensif dan versatile dalam menjawab soalan fiqh dari pelbagai sudut pandang. Bagi sesiapa yang pernah menghadiri majlis ilmu Ali Jumaah, pasti akan mengatakan dengan sekali kehadiran ke majlis ilmu Ali Jumaah, ibarat memperolehi ilmu selama seminggu menandakan betapa luasnya ilmu yang dimiliki beliau.
Catatan perjalanan hidup dan kerjayanya sebagai mufti banyak diabadikan dalam bentuk nota inspirasi sebagai motivasi dan rujukan.
Beliau telah menerbitkan banyak karya antaranya seperti berikut:
- al-Hukm al-Shar’i
- Aliyat al-Ijtihad
- Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
- al-Bayan
- al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
- al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
- al-Imam al-Bukhari
- al-Kalim al-Tayyib vol. 1
- al-Kalim al-Tayyib vol. 2
- Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
- al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
- al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
- al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
- al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
- al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
- Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
- al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
- al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
- Simat al-Asr
- Taqyid al-Mubah
- al-Tariq ila al-Turath al-Islami
Baca selanjutnya latar belakang Dr. Sheikh Ali Gomaa
Bacaan pilihan : Serbuk Al-Manna Gum Arabic
Labels: Ali Jumaah, Nota Inspirasi Huda, Tokoh
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home